Domo-kun Cute

Followers

Sunday, January 30, 2011

SINOPSIS TAK BISA MEMILIHMU



Adi merupakan seorang buruh kasar di Indonesia. Kais pagi makan pagi, kais petang makan esok hari. Tidak pernah sekali dia berasa hidup senang. Tetapi apa yang lebih penting adalah hatinya senang. Senang dengan kehadiran seorang gadis bernama Dewi yang sentiasa menyinari hari-hari gelapnya umpama lampu suluh berbateri penuh.

Dewi penguat semangat, pengarang jantung dan pendorong hidup. Hanya Dewi yang mengetahui, budak kampung seperti Adi menyimpan cita-cita besar. Adi mahu jadi penyanyi. Namun berkali-kali menyertai ujibakat, hanya gagal yang ditemui.

Cuba punya cuba, nasib menyebelahi Adi akhirnya. Dia dipilih sebagai penyanyi utama kumpulan baru di Malaysia. DI MALAYSIA??? Ketika itu Adi berbelah bahagi. Meneruskan cita-citanya bererti meninggalkan Dewi si permata hati. Menolak tawaran itu pula seperti menyepak kasar tuah yang datang bergolek di kaki. Dewi rela membenarkan Adi jauh darinya. Adi pula dalam penuh terpaksa menjadi pendatang halal ke Malaysia. 

Bermulalah kisah hidup Adi yang baru. Diubah penampilan. Dipaksa bergaya cara popular. Dikerumuni peminat. Dilimpahi sinaran cahaya kamera. Digilai ramai perempuan di luar sana. Mungkinkah Adi jadi lupa diri? Paling penting...mungkinkah Adi melupakan Dewi?

Dewi pula? Sampai bila dia harus menunggu? Sampai bila dia harus terus bersabar dengan segala gosip liar yang mendera telinga itu?

Adi juga punya persoalan besar yang bermain dalam hati. Kehadiran Sally anak pemilik syarikat muzik Rumpun Records itu terlalu banyak membantu. Adi jadi keliru. Dia harus membuat pilihan. Adakah pilihannya nanti bersandarkan pada kareer, nama, atau cinta? 

Tak cukup dengan masalah pilihan hati, Adi dikejutkan dengan tindakan Pengurus Muzik bernama Encik Fuad yang busuk hati. Ada sahaja strategi Encik Fuad itu mahu menyingkirkan Adi. Encik Fuad juga ada agenda tersendiri. Agenda yang mampu melenyapkan nama kumpulan 6ixth Sense dari persada seni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...