Domo-kun Cute

Followers

Saturday, July 23, 2011

Perhimpunan Bersyarat Di Stadium Shah Alam


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membenarkan perhimpunan haram Sabtu ini diadakan di Stadium Shah Alam di sini.


Bagaimanapun penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan.

"Mereka perlu berdisiplin, tertib dan terkawal, jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di sini hari ini.


*Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan! 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita yang ingin tahu sama ada pihaknya akan membenarkan perhimpuan haram itu diadakan di Stadium Shah Alam.


"Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan (perhimpunan haram itu) ataupun tidak, tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam, saya benarkan dengan syarat tujuannya tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melaksanakan perubahan memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka," katanya.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


Sementara itu, pengerusi penganjur demonstrasi jalanan Sabtu ini, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi mengumumkan bahawa pihaknya kini mengubah rancangannya untuk mengadakan perhimpunan mereka di stadium.


Ambiga berkata penganjur belum menentukan stadium mana yang akan digunakan untuk tujuan itu dan akan berbincang dengan kerajaan mengenainya.


Pada majlis itu, Abdul Khalid turut mengumumkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 30,000 unit rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Mampu Milik Selangor dengan harga tidak melebihi RM100,000 sebuah.


Skim perumahan itu yang memperuntukkan tiga bilik tidur dan dua bilik air akan ditawarkan kepada golongan tertentu termasuk golongan muda yang baru menceburi alam pekerjaan, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

 
"Sebagai permulaan PKNS telah memulakan projek perumahan itu di Bandar Baru Bangi membabitkan 124 unit pangsapuri di kawasan seluas 1.62 hektar pada 3 Jun lepas dengan 1,800 pembeli mendaftar," katanya.


Beliau berkata antara kawasan yang dikenalpasti bagi pembinaan rumah tersebut ialah Antara Gapi di Serendah, Kota Puteri di Ijok, Kuala Selangor dan Sains Park 2 di Sepang.

Shah Alam, 5 Julai

*Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

*Sumber imej : Google Image

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...