Domo-kun Cute

Followers

Saturday, July 2, 2011

Projek Biomas GSIAC Jana Pulangan Lumayan



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek menambah nilai kelapa sawit atau biomas yang akan dilaksanakan melalui penubuhan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) mampu menjana pulangan tambahan negara dalam lingkungan RM100 bilion menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata projek berkenaan merupakan salah satu daripada tiga projek awal berimpak tinggi yang akan dilaksanakan hasil dari mesyuarat pertama majlis berkenaan yang dipengerusikannya di New York, bulan lepas.

Projek biomas seperti produk farmaseutikal dan enzim melalui kaedah pelaksanaan Private-Public Partnership (PPP) itu melibatkan Sime Darby Berhad dan Felda Holdings Berhad, katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Projek Smart City-Smart Village pula sebagai satu usaha mengimbangkan kemajuan di bandar dan luar bandar yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi hijau dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi).
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

"Ketiga ialah Projek Pembangunan Modal Insan bagi menggiatkan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan (COEs) dengan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tingggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui platform Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (NSRC). 

"Dengan adanya projek-projek awal ini, ia akan menjadi pemangkin serta tambah nilai kepada usaha-usaha transformasi sedia ada dalam menyediakan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan serta peluang pekerjaan bernilai tinggi," kata Najib.
Noraini ingin tahu peranan GSIAC dalam mengembangkan keupayaan inovasi negara serta harapan dan aspirasi kerajaan terhadap penubuhannya.

Najib berkata antara objektif utama penubuhan GSIAC adalah untuk memberi nasihat dalam mencapai aspirasi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, menanda aras kedudukan Malaysia dan daya saing dalam sains dan inovasi serta menjana dan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala serta nilai pelaburan.

Beliau berkata selain peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang diwujudkan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), sains dan teknologi dan inovasi (STI) merupakan komponen yang sangat penting bagi negara untuk membuat lonjakan kuantum dalam merealisasikan matlamat Model Baru Ekonomi.

Katanya, penggunaan STI yang meluas sama ada dalam pembangunan teknologi dan ekonomi telah dibuktikan oleh negara-negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
"Dengan sumber modal insan dan infrastruktur sedia ada, Malaysia mampu berbuat demikian jika keupayaan STI tempatan dapat diperkukuh dan dipertingkatkan lagi melalui hubungan kerjasama yg strategik dengan negara-negara maju tersebut terutamanya di 
peringkat industri.

"Sehubungan itu kerajaan telah komited dan mengambil inisiatif melalui penubuhan GSIAC yang dianggotai oleh 23 pelaku industri global, pemenang anugerah Nobel dan pakar saintis antarabangsa di samping wakil daripada kerajaan dan industri negara," katanya.

Menjawab soalan tambahan Noraini, Najib berkata projek Smart City-Smart Village dilaksanakan untuk mencari jalan bagaimana aplikasi ICT boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Apabila projek ini dilaksanakan nanti kita akan melibatkan penyertaan rakyat secara menyeluruh terutama sekali mereka yang terlibat dalam kawasan setempat.
"Saya percaya ciri-ciri teknologi hijau dan ICT boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi penyampaian kesihatan, pendidikan, maklumat dan juga boleh menambahkan keselesaan hidup kita," katanya. 
Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Najib berkata beliau telah menugaskan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri serta agensi berkaitan untuk memastikan pelaksanaan segala projek yang dirancang dilakukan dengan sebaiknya.

Najib menidakkan dakwaan Nurul Izzah bahawa terdapat kelemahan ketara di peringkat pelaksanaan bagi kebanyakan projek kerajaan sebelum ini.
"Saya tak berapa setujulah, malah Malaysia telah diiktiraf oleh kebanyakan negara, yang terbaru sekali di LID (Langkawi International Dialogue), pemimpin-pemimpin negara Afrika begitu kagum dengan kejayaan kita, jadi tak eloklah kita perkecilkan usaha dan kejayaan Malaysia," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata Akademi Sains New York telah memberi kesanggupan untuk memastikan bahawa para saintis yang terlibat dalam kerjasama dengan Malaysia itu akan merupakan mereka benar-benar yang mempunyai kewibawaan dan kerpakaran yang tinggi.

Kuala Lumpur, 22 Jun

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...