Domo-kun Cute

Followers

Thursday, December 22, 2011

Wang Baru Malaysia

Assalaumualaikum...

Hari ini aku hendak kongsi tentang penggunaan wang baru di negara kita...
Lihat gambar di bawah...

Wah... wang baru tahun 2012 nanti..haha =D 

Wang negara kita ni bertemakan “Keunikan Malaysia”... wang kertas ni memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. 

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru ini.. 

Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam siri mata wang baru oleh Bank Negara Malaysia selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995. Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata).   

wang syiling baru.... 

P/S Tahun depan duit baru...hahax.. =D elok la ciri wang ini bercorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...