Domo-kun Cute

Followers

Friday, February 17, 2012

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Secara ringkasnya, perkataan “emo” diambil daripada perkataan “emosional”. Emosional dalam kamus dewan edisi ke-4 membawa maksud, cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emo ini ialah sesuatu yang bersifat negatif : contohnya seperti mencampak barang2 di sekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, berteleku di sudut bilik, sentiasa berasa serba-salah dan berbagai lagi.

Apa yang patut kita buat utk menghadapi rakan yg emo? Insya-Allah, di sini disebutkn 7 cara yg sesuai:

1 Mengambil wuduk

Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yg lara. Dengan syarat kita ikhlas. 

2 Menulis sesuatu yg positif

Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kpdnya. Kemudian katakan kpdnya supaya menulis apa yg dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil tu, kita katakan bahawa tulisan yg baik dan positif boleh merangsang fikiran ke arah yg lebih baik.

3 Memujinya dgn seadanya

Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kpdnya bahawa dia seorang yg bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kpd Allah. Dgn itu nanti, dgn izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dgn ketenangan dlm semua hal.

4 Tunjukkan kasih sayang

Tanyakan kpdnya kalau2 rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti : nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa ... apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukannya bersama-sama

5 Berbual-bual dan berada di samping

Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirianatau melakukan apa2 sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dgnnya tentang sesuatu yg menggembirakan, tapi jgn sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yg menyenangkan

6 Meminta maaf

Ringankan lidah kita utk meminta maaf andainya kita yg menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yg memulakannya. Kita katakan kpdnya bahawa kita rindukan persahabatan yg terjalin sebelum ini.

7 Perlihatkan kpdnya betapa indahnya islam

Jika rakan emo kita seorang yg agak degil, kita cari seseorang yg rapat dgnnya utk memujuk, seperti adik-beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yg rakan emo kita itu dpt meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yg rapat dgnnya itu biarlah yg mempunyai pegangan agama yg baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dgn rakan emo kita itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...