Domo-kun Cute

Followers

Saturday, August 27, 2011

Dua hari bermakna


Menyambut dua hari bermakna iaitu hari raya and hari kemerdekaan negara kita yang ke-54...huhu... 

*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
✿ S A L A M A I D I L F I T R I M O H O N M A A F Z A H I R D A N B A T I N ✿
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。

Note: jangan nak ingat raya je... kena ingat jugak hari kemerdekaan negara kita...

Hari raya semakin hampir







Sekejapnya..kat nak raya... 
Raya tahun ni mungkin best sebab jumpa sepupu yang paling aku rapat.... 
Aku nak mintak maaf kepada rakan-rakan ku diluar sana.... 
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..... 






NOTE:
♥♥░(¯`:´¯)░♥♥♥♥♥SeLaMaT♥♥♥♥♥
░.(¯`•.\|/.•´¯)♥HaRI RaYa♥
░(`♥•.(۞).•´¯)░(¯`:´¯)♥MaaF DiPiNTa♥
░ (_.•´/|\`•._)(¯ `•.\|/.•´¯) ♥JiKa aDa♥
░ ░ (_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)♥TeRLaNJuR BiCaRa♥

 

Saturday, August 20, 2011

Road To Ramadhan 1432H


"Dalam kehidupan ini, kita perlu kepada satu time frame yang khusus untuk menghadapi sesuatu. Tanpa persiapan dan persediaan yang rapi, kita mungkin akan tersungkur atau gagal dalam mencapai kejayaan yang sempurna. " [Syeikh Muhammad Abduh]


Tamsilannya, bakal penuntut institut pengajian tinggi yang tiada persiapan dan persediaan yang rapi, mereka ini berisiko besar untuk kecundang dalam pengajiannya. Meskipun mereka mampu untuk menamatkan pengajian, mereka mungkin hanya bergelar graduan kelas kedua sahaja.

Begitulah juga kita sebagai seorang Muslim. Dalam menghadapi bulan Ramadhan, tanpa persiapan yang rapi, kebarangkalian untuk kita gagal dalam mengharungi Ramadhan itu sangat tinggi.


Ini adalah natijah puasa bagi orang-orang yang tidak melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapinya:


1) Kita mungkin mampu berpuasa, tetapi sekadar puasa orang awam.


Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi kepada tiga:


i)  Puasa umum - puasa dengan tingkatan paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'.
ii) Puasa khusus - di samping menahan yang tiga hal tadi, individu itu juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela.
iii) Puasa khusus yang lebih khusus lagi - puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.


2) Kita mungkin mampu qiam, tapi sekadar sepuluh (10) malam yang pertama.


"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

3) Kita mungkin mampu membaca al-Quran, tapi hanya sekadar sepuluh (10) juzuk pertama.


"Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: Puasa dan Qur'an itu memintakan syafa'at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. Puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula al-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat." [H.R. Ahmad, Hadis Hasan]

4) Kita mungkin mampu berzikir, tapi mengumpat itu lebih banyak mendahuluinya.


Umar al-Khatthab R.A berkata, "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

Sehubungan dengan itu, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan kepada para pembaca untuk membuat satu perancangan rapi bagi menghadapi bulan Ramadhan kali ini. Moga pada Ramadhan kali ini, kita dapat menempuhinya dengan ilmu yang penuh di dada, bukannya seperti seorang pelajar yang  'malas belajar' untuk menjawab peperiksaannya.


Road To Ramadhan


i)   Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii)  Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v)  Tinggalkan perbualan atau percakapan yang sia-sia.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.

Friday, July 29, 2011

1 Fikrah 1 Perjuangan

Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.

Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?

Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24] 

Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...

Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..

Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.

Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T. 


Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.

Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.

Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.


Sunday, July 24, 2011

Kesedaran Tentang Couple - Terima Kasih iluvislam.com!


"Aisyah, awak hati-hati dengan dia, ramai orang  tak suka dia.."


"Lina,aku kenal dia..dia baik.."


3 tahun selepas itu.


"Eh, silap lagi.." aku tersenyum sambil memandang ke pintu pejabatku yang tertera perkataan 'TARIK'.. entah berapa kali aku cuai menggunakan pintu itu kerana sering sahaja aku menolaknya.


Hari ini genap  enam bulan aku bekerja di syarikat Suria Berhad, setelah aku tamat pengajian di universiti dalam bahagian undang-undang.


Hari ini juga 12 Disember. Tarikh hari lahirku. Sedari tadi aku sibuk melayan mesej ucapan hari jadi yang diberikan oleh kawan-kawan ku yang semakin bertambah di salah satu laman sosial yang semakin digilai ramai masa kini.


Sedang aku sibuk membalas mesej, telefonku berdering.. aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin pemanggil, 'Lina Cute'..


"Happy biryhday to you.. happy birthday to you..happy birthday Aisyah!"


"Lina! Thanks sangat!'


Kami pun berborak panjang.


"Bye Aisyah, take care ye.. aku rindu dekat kau sangat.. nanti senang datang la rumah ye.. selamat menyambut hari tua ye.. hehe,aku gurau je..assalamualaikum.."


"Tua tapi comel kan Lina, hehe, thanks sekali lagi, insyaAllah aku datang, waalaikumussalam Lina."


Aku tersenyum lagi mengenangkan teletah Lina,kawan baik aku sejak di universiti dahulu.


Kata-kata Lina di dalam perbualan kami sebentar tadi mengusik hatiku, "Aisyah, hari jadi kau sama tarikh dengan Zaidi kan, kau tak beri ucapan kat dia ke?"


Zaidi.


Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga tahun perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.


Aku menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah dengan Zaidi. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi Zaidi. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.


Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan Zaidi aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku Lina juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan Zaidi sahaja.


Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi Zaidi.


Aku masih ingat sewaktu aku dan Zaidi balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia mencium mulutku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri.

Zaidi pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku.


Walau banyak perkara yang aku dan Zaidi telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.


"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata Zaidi pada suatu hari.


Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.


Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama Zaidi.


Berkali-kali aku menghubungi Zaidi agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.


Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.


Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap Zaidi.


Satu petang. Jam 6 ptg. Aku terpandang satu link ke laman web di laman sosial yang selalu aku layari.


"iLuvislam.com - Discover the Beauty of Islam."


Hatiku mengomel, "laman web apa ni, cuba la tengok."


Setelah membukanya aku terpandang satu artikel 'Couple itu Haram'. Aku segera membacanya. Ayat demi ayat aku baca dengan linangan air mata.


Benar aku sudah menjauh dari Islam. Aku telah menjauh dari Allah.  Petang itu aku menangis semahunya. Dan aku bertekad untuk membaiki diri dan menjadi lebih semangat untuk keluar dari dihimpit kesedihan.


Banyak perubahan yang aku alami. Aku telah membuat 'transformasi' yang besar kepada hidup ku. Pakain, solat, hubungan antara bukan mahram, semua aku jaga dengan baik.


Lina pula setelah aku ditinggalkan Zaidi, hubungan kami tidak lagi serenggang dulu. Kami saling meminta maaf antara satu sama lain dan menjadi sahabat yang baik kembali seperti dahulu. Aku menyesal kerana tidak menuruti kata-katanya dahulu, "Aisyah,awak hati-hati dengan dia, ramai orang tak suka dia.."


Alhamdulillah.


Sehingga kini aku masih menjadi peminat setia melayari iluvislam.com dan sentiasa membaca artikel-artikel yang di paparkan.


Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang kedua untuk membaiki diri dan menjadi muslim yang baik.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Anugerah hidayah terindah dari Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih iluvislam.com!


Nota : Cerita di atas adalah sebuah kisah benar yang telah diubah sedikit jalan cerita, nama pelaku dan tempatnya.


 Moga ia menjadi pedoman bagi semua yang membaca dan tidak henti-henti membaca serta sentiasa memberi sokongan yang padu kepada iluvislam.com. InsyaAllah.

Islam milik kita, kitalah yang berhak menjaganya. Ingatlah, Allah tidak malu untuk menerima taubat dari hamba-hambaNya.

Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT. iluvislam.com adalah asbab kepada hidayah ini. Alhamdulillah.
 

Saturday, July 23, 2011

Vaksin Baru Malaria Dilancar Di Australia


Vaksin baru yang dikatakan dapat membendung jangkitan daripada semua jenis parasit malaria akan dilancarkan di sebuah universiti di Queensland minggu ini.

Australian Associated Press (AAP) dalam laporannya berkata vaksin yang dinamakan 'PlasprotecT' akan diperkenalkan ketika perasmian Makmal Vaksin untuk Dunia Membangun di Institute for Glycomics, Griffith University.

*Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

Vaksin itu menggunakan dos yang tersangat rendah parasit malaria yang telah 'ditidurkan' menerusi rawatan kimia yang unik.

Parasit yang 'ditidurkan' itu kemudian dipindahkan kepada sukarelawan yang mengambil bahagian dalam percubaan ke atas manusia untuk fasa pertama bagi tempoh 12 bulan akan datang, kata laporan AAP tersebut.

Proses itu dijangka menghasilkan tindak balas pelalian yang akan menentang jangkitan semua jenis parasit malaria yang diketahui manusia.

Vaksin yang baru dipaten dan dijenamakan PlasProtecT akan dibangun di makmal terbabit.

Melbourne, 11 Julai

*Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

*Sumber imej : Google Image

Muda Guna Dana Belia 1malaysia Cabar Atasi Obesiti


Melihat begitu ramai rakyat Kelantan dibelenggu obesiti, seorang anak muda memanfaatkan geran Dana Belia 1Malaysia yang diterimanya menerusi penganjuran 'Kelantan Weight Loss Challenge'.
Mohd Faidzul Asyraf Mat Arifin yang menerima RM35,000 di bawah dana itu berkata program tersebut bertujuan menyedarkan rakyat Kelantan akan bahaya obesiti.

"Sebagai salah seorang belia yang bertuah menerima geran di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu, saya mencari jalan untuk menyumbang kepada rakyat Kelantan dan setelah melihat keadaan sekeliling, saya fikir program ini yang terbaik," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

*Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

Katanya program itu bermula semalam dan akan berlangsung sehingga 27 Ogos ini.
Seramai 80 peserta telah dipilih dan mereka akan dinilai menerusi perjumpaan, timbangan berat badan serta harus mengikuti program khas bagi membantu mereka mengurangkan berat badan.

"Saya menawarkan hadiah menarik kepada mereka termasuk wang tunai RM1,500 kepada juara pertandingan ini," katanya.

Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM880 dan ketiga RM500.

Kota Baharu, 3 Julai

*Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

*Sumber imej : Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...