Sabar; satu
perasaan dan tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang
mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi
apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi
perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita
belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam
peribahasa "lain lubuk, lain ikan" disamakan dengan "lain orang,
lain ujiannya".
Setiap ujian
yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita
pada firmannya?
Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum
kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan
kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang
yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan
rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir." (Surah Al-Baqarah, 286)
Lihat! Allah
itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan
sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu
sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.
Ujian
Rasulullah S.A.W.
Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian yang menimpa Baginda sangat hebat.
Bermula
semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya,
disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.
Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi. Ini belum lagi termasuk
ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini,
bermacam-macam ujiannya. Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu
peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan yang baginda hadapi.
Tapi ujian
itu tidak pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita
renungkan kembali di zaman baginda s.a.w dahulu tiada handphone, tiada
Facebook, tiada Skype dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada
hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat,
Islam sampai kepada kita hari ini.
Mungkin ada
sesetengah pihak mengatakan bahawa baginda dapat menghadapi ujian-ujian
tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasul. Mengapa pula begitu? Baginda
juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai
keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga
dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan Baginda. Ujian yang
hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?
Bicara
tentang iman
Iman itu
ialah ketaqwaan kepada Allah. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah
atau ujian pintalah kepada Allah agar dikuatkan iman untuk kita hadapinya,
bukan meminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh
mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai
pergantungan yang tinggi kepada-Nya. Oleh itu apa jua masalah yang ada,
muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah. Tanya diri kita : Adakah kita
telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah
jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan
yang lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak
sangka-sangka.
"Tapi
kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya, bagaimana pula?"
Jika begitu,
kita perlu muhasabah kembali, mungkin tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah
kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah
jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau
peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya
manusia?
Jangan
pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana
kita hanyalah hamba-Nya.
Jadilah
hamba yang bersyukur
Apa jua yang
ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur.
InsyaAllah masalah-masalah yang kecil tidak
akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah
s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan
ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu
hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda beribadah malam sehingga
kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan
tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur."
Salam
mujahadah membuah sabar.
No comments:
Post a Comment