Domo-kun Cute

Followers

Saturday, March 26, 2011

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru)


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.

(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.

Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.

Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi 
terbaik adalah mengubah format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.

Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Friday, March 18, 2011

Belajar Bahasa Melayu Melalui Siri Upin Dan Ipin


Siri animasi kanak-kanak di televisen tempatan Upin dan Ipin menjadi bahan berkesan mempelajari bahasa Melayu di kalangan pelajar asing di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan University of Peking, China. "Siri ini telah membantu mempermudahkan lagi penguasaan komunikasi Bahasa Melayu di Beijing dan ia menjadi antara rancangan yang disukai oleh pelajar asing di China," kata Penyandang Kursus Pengajian Bahasa Melayu di BFSU, Profesor Dr. Awang Sariyan.

Upin dan Ipin mula disiar di TV9 pada bulan Ramadan 2007 yang bertujuan mendidik kanak-kanak tentang ibadah puasa. Ia kini memasuki musim keempat yang rancangannya boleh turut diikuti dalam  bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet dan berjaya dipasarkan ke Indonesia. Di atas kejayaan menambat hati penonton serantau, siri ini disenarai dalam Malaysia Book of Records tahun ini sebagai "Animasi Paling Berjaya".

Awang berkata banyak VCD Upin dan Ipin dimiliki oleh pelajar di BFSU yang kebanyakannya mereka perolehi dengan cara membeli terus dari pengedar di Malaysia. Sehubungan itu beliau menggesa penerbit filem animasi di negara ini supaya memperbanyakkan lagi penerbitan mereka kerana pembelajaran Bahasa Melayu melalui VCD kini semakin popular dan mempermudahkan pelajar asing menguasainya.

"Usaha menerbitkan perisian komputer, komik, video dan seumpamanya dalam semua bidang ilmu perlu dilakukan manakala seni dipergiatkan lagi bagi mengembangkan budaya belajar melalui wahana teknologi maklumat dan komunikasi," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata usaha seumpama itu sesuai dengan resolusi Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 2011 yang berakhir di sini hari ini.
Awang berharap kegiatan kebahasaan yang kreatif dan inovatif bagi memupuk kecintaan terhadap Bahasa Melayu terutama kepada generasi muda diperhebat dan diperbanyakkan dalam memastikan Bahasa Melayu terus mekar dan terus maju.

- Kuala Terengganu, 17 Mac 2011

+Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

+Sumber imej : Google Image

Fikirkan.
Tahniah untuk semua pihak yang menjayakan Upin dan Ipin! Semoga terus maju jaya!

Thursday, March 17, 2011

MERCY Malaysia Buat Persiapan Bantuan ke Jepun


Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus hari ini berkata sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas MERCY Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.

"Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo," katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau juga melahirkan perasaan dukacita MERCY Malaysia tentang kemalangan jiwa akibat gempa bumi dan tsunami itu serta mengucapkan simpati kepada keluarga terlibat.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun tengah hari semalam dan menyebabkan wilayah timur laut negara itu dilanda tsunami setinggi 10 meter. Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan maut akibat bencana alam itu.

- Kuala Lumpur, 12 Mac 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Fikirkan.
Semoga pihak MERCY dipermudahkan urusan oleh-Nya dan sama-sama kita bersimpati dan berdoa kepada penduduk Jepun di atas musibah yang melanda

Mayat Bayi Tanpa Tangan Dan Kaki Dijumpai


Mayat seorang bayi dijumpai dibuang dalam keadaan mengerikan berhampiran kawasan pembinaan di Desa Relau, Paya Terubong di sini petang tadi. Mayat bayi yang dipercayai berusia sehari itu dijumpai kira-kira 4 petang tanpa tangan dan kaki serta alat sulit dipercayai telah dimakan oleh haiwan liar.
Seorang pekerja di situ Shanvogavellu, 30, yang menjumpai bayi itu berkata pada mulanya dia menyangka bayi itu sebatang pokok pisang. "Namun apabila saya melihat lebih dekat, saya dapati ia mayat bayi yang tidak mempunyai tangan dan kaki. "Saya terkejut melihat mayat bayi itu. Saya terus hubungi polis selepas memberitahu majikan saya mengenainya," katanya kepada pemberita.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan tentang penemuan mayat bayi tersebut. Mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan hingga kini polis belum mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut. Polis menyisat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba menyembunyi kelahiran dan menyebabkan kematian.

- Georgetown, 16 Mac 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Akal Vs Nafsu


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan
Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.

LIMA Tanda Zahir:
1. Diam diri.
2. Menahan marah.
3. Merendah diri.
4. Peramah.
5. Berbuat amal soleh.

LIMA Tanda Batin:
1. Berkata-kata dengan kebajikan.
2. Berbuat ibadat.
3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.
4. Memuhasabah dosa dirinya ( Agar timbul perasaan untuk bertaubat).
5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil ( walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).

Kitab Muhimmah. m/s: 228.

Wednesday, March 16, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisophenol A


Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam
botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.


Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai


Tindakan pengharaman itu di ambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan
terbaru oleh Kesatuan Eropah. Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80  celsiusberbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/atau http://fsq.moh.gov.my.


- Putrajaya, 14 Mac 2011

Tuesday, March 15, 2011

Hari Bunga-Bunga Cinta


Oh hari bunga-bunga cinta sudah tiba. Pasangan muda-mudi Islam juga tak terlepas mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati. Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan. Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi.
Tunggu! Sebelum terus-terusan kita menjadikan hari tersebut sebagai hari membuktikan rasa cinta yang deminya 'lautan api sanggup ku redah', ketahuilah sejarahnya dahulu. Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW, di mana hujung pangkal permulaannya? Jangan kita menjadi manusia yang tuli, mencontohi dan mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah telah menegaskan, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)

Sejarah Valentine's Day

Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan  dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Fikirkan

Jika kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? Sedangkan di kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sungguh, jangan pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan. Lihatlah, berapa ramai anak-anak gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai pemuda-pemuda yang menggalas tugas  khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine. Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar iman di dalam hati.
Ingatlah firman Allah, "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (al-Baqarah:120).

Tiga Demensi Cinta


CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.
Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?
Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.
Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.
Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.
Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.
Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.
Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.

20 Tips Penjagaan Suara


1) Sentiasa melakukan senaman seperti berenang. 

2) Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan sehingga 10 gelas sehari. 

3) Elakkan merokok atau menghidu asap rokok. 

4) Kurangkan bercakap banyak untuk merehatkan suara.  

5) Tidur secara konsisten dan mencukupi. 

6) Jika demam, elakkan daripada menyanyi. 

7) Elakkan daripada menjerit. 

8) Ambil vitamin tambahan. 

9) Elakkan makanan berasaskan tenusu, pedas dan masin. 

10) Kurangkan minuman berkafein. 

11) Elakkan bercakap terlalu banyak sebelum menyanyi. 

12) Binalah stamina secara perlahan melalui latihan suara dan senaman. 

13) Melakukan latihan memanaskan suara setiap kali sebelum menyanyi. 

14) Berlatih dengan lagu yang sukar terlebih dahulu. 

15) Lebihkan latihan pada bahagian yang sukar, tidak perlu menyanyi sebuah lagu berulang kali. 

16) Lakukan latihan jika ada waktu kelapangan. Practise mode perfect. 

17) Kurangkan pengambilan coklat. 

18) Amalkan meminum madu asli setiap kali selepas bangun daripada tidur di waktu pagi. 

19) Latih suara dengan menjerit di dalam bekas yang berisi air. 

20) Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri. 

Bayang - Bayang Dunia

Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar ^_^
Kata Mr.X,
"Dunia is like a shadow, if you try to grab it, you won't be able to do so, but if you turn your back towards it, it has no choice but to follow you"

Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi beruzlah di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!
Masih kita berbicara tentang 'pantas' ataupun 'segera'. Kita semua ingin sesuatu dengan segera. Sukar untuk ditunggu. Semuanya ingin cepat sahaja.Mee maggi cepat dimasak enak dimakan- demikian lagu iklan suatu ketika dahulu.
Sekadar peringatan, kehidupan kita tidak 'sesegera' itu. Untuk kita menjadi diri kita hari ini, ia memerlukan masa bertahun-tahun. Untuk sesorang itu berjaya dalam SPM, kebiasaannya ia memerlukan masa 17 tahun lamanya.
Pendek kata, kehidupan ini adalah satu proses. Proses memerlukan masa dan komitmen. Lebih menarik lagi, jika sesuatu itu adalah 'proses', maka semua orang boleh melakukannya.Contoh mudah; masak nasi adalah satu proses. Siapa pun kita, andai kita belajar proses memasak nasi, insyaAllah, hasilnya nasi bukan maggi.
Mari kita tutup dengan sambungan bicara Mr.X,
"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?"

Monday, March 14, 2011

Kejahatan Itu Bukan Satu Kebetulan

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

Impak Letupan Loji Nuklear Akan Diberi Penjelasan



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.
Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.  "Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang
apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lepas yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.
Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.
"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir...ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita  bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi. "Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai," katanya.

tentang hari valentine


Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

Jangan kita sambut hari valentine kerana ianya adalah kejatuhan emperor islam di sepanyol dan jangan kita meraikan hari aprilful kerana ianya menghina agama kita iaitu islam......

tsunami kat jepun

ish..... mengerikan aku tengok tsunami kat jepun ni...... kalau aku ada kat sane....mesti aku da lame hilang....... ish apa yang aku cakap ni.... mengarut.....hehehe
da la.... tinggi tsunami tuh 10 meter.... gempa pulak 8.9 skala richter...... 
aku dengar citer....lebih 300 orang yang maut akibat tsunami ni....... tak tau sama ada betul atau tak.....
orang yang terselamat duduk kat mana ye...... setahu aku... ada orang malaysia belajar kat jepun.... tak tau la.... sama ada...ada lagi kat jepun atau kat malaysia.....yang balik ke negara asal kira selamat la..........
tapi gempa kat jepun ni.....menyebabkan 50 negara terancam...... 
banyak jugak kemusnahan bangunan.....tapi berapa la..... harga setiap bangunan yang musnah....... 
hmmm....dengar citer kat malaysia ade kena tsunami kat pulau labuan....betul kah...? 
kita kat malaysia ni.....bersyukur ada tempat kat kita ni tak kena tsunami...... 
Yang mana kat jepun terselamat tuh......berhati-hatilah........dan jaga keselamatan diri anda........ 




HaNtu GamE


Tahun 2010 telah pun menutup tirai. Kini kita sudah berada di tahun 2011. Alhamdulillah, Kita telah berjaya mengharungi detik 365 hari dengan jayanya setelah berjuta kali terjatuh dan tersungkur.
Semenjak berlalunya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai seorang pelajar sekolah, saya tidak mempunyai aktiviti yang khas. Kawan-kawan saya yang lain mengisi masa yang terluang dengan bekerja atau belajar seni  seperti menjahit dan memasak. Tapi tidak  bagi saya. Saya menjadi penganggur sepenuh masa. Atau dengan kata lain menjadi suri rumah sepenuh masa.
Setiap pagi, selepas saya menyiapkan segala tugasan rumah, saya mula mempunyai masa lapang. saya mula bermain dengan PSP. Sehingga saya mula berasa malu apabila adik saya menegur saya yang terlalu kerap bermain.
Keburukan Game
Sebelum ini, saya tidak suka bermain game apatah lagi melihat orang bermain game. Kesemua permainan game yang menggunakan alatan elektrik seperti komputer, laptop, PS dan lain-lain tidak pernah menarik hati saya untuk bermain. Oleh itu, saya  sentiasa beranggapan bahawa bermain game adalah membuang masa dan tidak bermanfaat.
Ibu pernah menasihati saya:
"Radiation dari barang-barang eletrik ni sangat tinggi dan membahayakan. Bukan itu sahaja, game ni diciptakan hanya untuk menjadikan kita seorang yang tidak tahu menghargai diri sendiri. Kita akan bermain game dengan matlamat  kita akan menang. Malangnya kita tetap  akan kalah dalam perlawanan-perlawanan tersebut. Meskipun hakikat game dicipta adalah untuk kita kalah dan akhirnya kita hanya akan membazir masa. Ramai orang mengatakan bahawa bermain game dapat menghilangkan  tekanan, tapi apabila kita kalah, kita akan  menjadi lebih tertekan."
Ketika saya bermain game, saya mula terfikir, sekalipun saya mengumpul markah yang banyak, namun apabila malaikat maut datang untuk mengambil nyawa saya, sungguh markah yang banyak itu tidak dapat sekalipun menambah pahala amalan-amalan saya. Apa yang lebih menakutkan ialah ia akan menjadi dosa kepada saya kerana saya telah banyak membuang masa, apatah lagi seringkali saya menangguhkan solat demi untuk menghabiskan permainan game. Astaghfirullah!
Waktu itu saya mula tersedar, adakah ini matlamat hidup saya? Hanya membuang masa semata-mata untuk bermain game. Tidak! Saya seorang Muslim dan banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu saya siapkan. Untuk kawan-kawan semua, marilah kita berubah dan jangan jadi hantu game!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...