Tahun 2010 telah pun menutup tirai. Kini kita sudah berada di tahun 2011. Alhamdulillah, Kita telah berjaya mengharungi detik 365 hari dengan jayanya setelah berjuta kali terjatuh dan tersungkur.
Semenjak berlalunya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai seorang pelajar sekolah, saya tidak mempunyai aktiviti yang khas. Kawan-kawan saya yang lain mengisi masa yang terluang dengan bekerja atau belajar seni seperti menjahit dan memasak. Tapi tidak bagi saya. Saya menjadi penganggur sepenuh masa. Atau dengan kata lain menjadi suri rumah sepenuh masa.
Setiap pagi, selepas saya menyiapkan segala tugasan rumah, saya mula mempunyai masa lapang. saya mula bermain dengan PSP. Sehingga saya mula berasa malu apabila adik saya menegur saya yang terlalu kerap bermain.
Keburukan Game
Sebelum ini, saya tidak suka bermain game apatah lagi melihat orang bermain game. Kesemua permainan game yang menggunakan alatan elektrik seperti komputer, laptop, PS dan lain-lain tidak pernah menarik hati saya untuk bermain. Oleh itu, saya sentiasa beranggapan bahawa bermain game adalah membuang masa dan tidak bermanfaat.
Ibu pernah menasihati saya:
"Radiation dari barang-barang eletrik ni sangat tinggi dan membahayakan. Bukan itu sahaja, game ni diciptakan hanya untuk menjadikan kita seorang yang tidak tahu menghargai diri sendiri. Kita akan bermain game dengan matlamat kita akan menang. Malangnya kita tetap akan kalah dalam perlawanan-perlawanan tersebut. Meskipun hakikat game dicipta adalah untuk kita kalah dan akhirnya kita hanya akan membazir masa. Ramai orang mengatakan bahawa bermain game dapat menghilangkan tekanan, tapi apabila kita kalah, kita akan menjadi lebih tertekan."
Ketika saya bermain game, saya mula terfikir, sekalipun saya mengumpul markah yang banyak, namun apabila malaikat maut datang untuk mengambil nyawa saya, sungguh markah yang banyak itu tidak dapat sekalipun menambah pahala amalan-amalan saya. Apa yang lebih menakutkan ialah ia akan menjadi dosa kepada saya kerana saya telah banyak membuang masa, apatah lagi seringkali saya menangguhkan solat demi untuk menghabiskan permainan game. Astaghfirullah!
Waktu itu saya mula tersedar, adakah ini matlamat hidup saya? Hanya membuang masa semata-mata untuk bermain game. Tidak! Saya seorang Muslim dan banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu saya siapkan. Untuk kawan-kawan semua, marilah kita berubah dan jangan jadi hantu game!
No comments:
Post a Comment