Domo-kun Cute

Followers

Monday, June 6, 2011

+++Alga Sumber Tenaga Baru+++

Sifat semula jadi alga yang melekit, cepat tumbuh dan kaya dengan lemak telah mendapat tempat dalam kajian penyelidikan serta berpotensi untuk dijadikan tenaga kitar semula. 

Alga mampu menyerap gas karbon dioksida dengan kadar yang tinggi dan menyumbang kepada masalah rumah hijau, juga mampu hidup di kawasan tanpa makanan. Justeru, ia menjadi bahan utama bagi aktiviti pembakaran fosil. 

Saintis yakin akan menemui cara paling murah untuk menukar lemak daripada kolam alga kepada sumber tenaga lalu digunakan dalam kenderaan dan jet. 

Salah satu daya tarikan besar tumbuhan ini berpotensi menggantikan bahan bakar fosil lebih banyak dari tanaman biodiesel buat masa sekarang. 

Alga tidak memerlukan ruangan yang besar untuk pertumbuhan dan kita boleh menghasilkan lebih banyak biodiesel dengan tanah yang sedia ada. 

Penghasilan alga untuk tujuan biofuel tidak memerlukan piawaian ketat dan kos yang tinggi sebagaimana untuk menghasilkan makanan. 

Seiring dengan strategi dan perancangan berkesan, industri alga pasti akan membawa keuntungan serta memenuhi, keperluan sumber tenaga mesra alam dan bersih.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...