Domo-kun Cute

Followers

Monday, June 6, 2011

+++Klorofil Petai Antioksidan Untuk Kulit+++

                                                  Petai Belalang

                                                  Petai Padi 

                                            Petai Kerayung 

Petai atau nama botaninya, Parkia Speciosa Hassk merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara Yang beriklim panas lembap. 

Kebiasaannya, ia dijumpai tumbuh meliar di hutan sekitar Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain daripada kawasan Asia Selatan. 

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tjuddin Abd. Manap, pokok petai boleh dikategorikan sebagai pokok balak kerana saiznya yang besar dan tinggi.

Terdapat beberapa spesies yang boleh didapati di negara ini iaitu petai kerayung, petai meranti, petai belalang dan petai padi. 

Petai belalang- mempunyai buah yang agak kecil dan sering dijadikan tanaman hiasan atau landskap. Buah dan daunnya sesuai dijadikan campuran makanan haiwan ternakan. 

 
Petai padi- paling digemari kerana bijinya tidak terlalu pahit dan kelat. Disebabkan itu ia sering digunakan di dalam masakan atau sebagai ulaman dalam kalagan masyarakat di negara ini. 

Secara umumnya biji petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C. 

Khasiat petai lebih dilihat sebagai ulam-ulaman, seperti juga ulam raja, pegaga, jering dan kerdas yang lazim dimakan segar dan mentah oleh masyarakat di negara ini. 

Kandungan klorofil di dalamnya berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit di samping memastikan kesegaran tubuh badan dan memperbaiki sistem penghadaman si pengamalnya. 

Bagaimanapun, ada juga pendapat yang menyatakan kulit akar petai mampu mengubati penyakit diabetes manakala pucuknya pula mampu menyejukkan badan yang panas.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...