Domo-kun Cute

Followers

Monday, June 6, 2011

+++Plastik Mesra Alam Daripada Sisa Buah-Buahan+++

Kebanyakan plastik komersial yang terdapat di pasaran diperbuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai. Serangan mikro organisma dan bahan tidak terurai mencemarkan alam sekitar kerana memakan masa yang lama untuk dilupuskan. 

Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui inovasi baru dalam menghasilkan plastik mesra alam. Ia dikenali dengan nama Fruitplast di mana ia telah diperbuat daripada sisa buah-buahan bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan. 

Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik. Ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam 1 tempoh masa antara 3 hingga 6 bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah. 

Prof Madya Noor Aziah Abdul Azizi dari Bahgian Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Teknologi Industri proses mempatenkan Fruitplast sebelum mengeluarkan produk ini secara komersial.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...