Domo-kun Cute

Followers

Friday, December 30, 2011

Nostalgia Atukku


Assalamualaikum...  hari ini aku hendak kongsi tentang kisah lalu semasa atuk aku sekolah di kolej melayu kuala kangsar (MCKK) di Perak. Banyak kisah yang dilalui oleh atukku semasa bersekolah disitu.

Dibawah ni gambar MCKK yang lama.

Dan yang ini gambar MCKK yang baru.

Ni pula logo sekolah MCKK.




Tak silap aku dorm sulaiman uh.. adalah dorm atuk aku tetapi dorm idris pula aku tak tahu... aku rasa time uh aku main ambil gambar je... hehe....atuk aku cakap dulu guna katil kayu loker kayu...sekarang semua berubah...



Ni gambar dewan makan

Ni pula gambar gelanggang tenis...

Ada gambar yang aku tak tahu apa tempat tersebut... sorry tempat tu je yang aku tahu... ada tempat lagi yang aku tak lalu disitu sebab aku leka dengan ambil gambar kat situ sehingga aku tak perasan atuk aku pergi ke blok-blok lain... dan aku lupa pula nak ambil gambar bas lama tahun berapa ea... haiyo... tak ingat lak aku... huhu...














Segala yang dilalui oleh beliau, semuanya diceritakan olehnya kepada cucunya iaitu aku dan adikku firas... time uh aku rasa gembira mendengar kisah-kisah yang dilaluinya.. rasa macam seronok pula... maklum la budak zaman sekarang tak sama dengan budak dulu... 
 
P/S semasa kita bersekolah... janganlah kita kata tak nak sekolah, apabila kita menjalankan tanggungjawab kita di sekolah... segala pahit dan manis yang berada disekolah itu akan dirindui oleh kita dan kita akan teringat kembali kisah silam kita....berada disekolah itu apabila kita semakin meningkat umur.

Friday, December 23, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

1) Tidak mengambil sarapan pagi

-Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2) Terlebih makan

-Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3) Merokok

-Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4) Mengambil gula berlebihan

-Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menggangu perkembangan otak yang sihat.

5) Menghidu udara yang tercemar

-Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6) Tidur yang berlebihan

-Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7) Tidur dengan menutup muka

-Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8) Kuarang berimaginasi

-Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9) Jarang berfikir

-Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10)Tidak membaca Al-Quran

-Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Thursday, December 22, 2011

Wang Baru Malaysia

Assalaumualaikum...

Hari ini aku hendak kongsi tentang penggunaan wang baru di negara kita...
Lihat gambar di bawah...

Wah... wang baru tahun 2012 nanti..haha =D 

Wang negara kita ni bertemakan “Keunikan Malaysia”... wang kertas ni memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. 

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru ini.. 

Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam siri mata wang baru oleh Bank Negara Malaysia selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995. Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata).   

wang syiling baru.... 

P/S Tahun depan duit baru...hahax.. =D elok la ciri wang ini bercorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi...
 

Tuesday, December 20, 2011

Bangunan Bersejarah Sepanjang Sungai Perlu Dijaga



KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pemilik bangunan bersejarah di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak yang terlibat dalam projek “River of Life" diminta bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencantikkan premis berkenaan. 

"Mereka tidak rugi kerana nilai bangunan yang menghadap sungai akan meningkat dua kali ganda. Mungkin insentif akan diberikan untuk mereka sama-sama mengindahkan bangunan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita semasa melawat tapak projek berkenaan berdekatan Masjid Jamek di sini hari ini.

Beliau disertai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Raja Nong Chik berharap keadaan bangunan di sepanjang sungai berkenaan akan selari dengan projek mencantikkan sungai yang sedang dilaksanakan memandangkan nilai warisan sesuatu bangunan adalah sebahagian daripada produk pelancongan yang perlu dilindungi. 


Katanya projek “River of Life” berjalan mengikut jadual dalam usaha kerajaan mewujudkan keadaan lebih selesa kepada warga kota dan juga sebagai tarikan pelancongan.

"Apabila siap kelak, penduduk sekitar akan mempunyai lebih banyak tempat sesuai untuk beriadah di dalam bandar, dan dengan adanya laluan pejalan sepanjang sungai, mereka tidak perlu lagi ke luar bandar untuk beriadah,” katanya.

“River of Life” adalah sebuah Projek Permulaan yang dikenal pasti dalam Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Kerajaan.

Ia bertujuan mengubah wajah sungai yang mengalir di tengah bandar raya Kuala Lumpur melalui pelaksanaan kerja memulihkan sungai, mencantikkan tebing sungai serta pembangunan koridor sungai. 


Sumber:Utusan Malaysia Online....

Tip Dalam Pengurusan Masa


1) Kenal pasti “prime time” dan “masa-masa penat” anda. 
-Setelah mengesannya gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katakanlah, tugas penting kita ialah menyiapkan persediaan mengajar dan “prime time” kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada “masa-masa penat”. Jadilah pengintip kepada masa depan anda!

2) Kesan “musuh” bagi masa anda
-Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara “maraton”, melayani tetamu yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3) Tetapkan satu jangka masa yang sesuai pada sesuatu kerja.
-Bagi membatasi masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah mesra secara ala kadar, terus kepada perkara yang hendak disampaikan.
Bagi menjawab surat-surat peribadi, disiplinkan diri anda untuk melihatnya sekali sahaja dan terus menjawab. Jika anda ketua teruslah memberi arahan yang sesuai untuk dijawab oleh orang bawahan jika keputusan sudah boleh dibuat. Jangan melihat surat dua atau tiga kali tanpa menjawabnya. Ia membuang masa dan menambah rasa kurang selesa kerana belum menjawabnya. Begitu juga dengan pertemuan atau mesyuarat, tentukan had masa, perkara, orang yang hadir dan keputusan yang hendak dicapai.

4) Buat checklist pada penggunaan masa
-Bila kita ingin membeli-belah, “check-list” barang-barang dan anggaran harganya amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barang-barang yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah seharusnya dalam “perbelanjaan” masa.
Kita harus ada check-list tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaannya untuk mengelak daripada pembaziran masa. Ingat, masa lebih berharga daripada wang. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasakan berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat cheak-list perbelanjaan masa!

Sunday, December 18, 2011

Rangka Tulang Ular



Pernah tengok ular? Mesti pernah kan.. bohong lah kalau tak pernah tengok. Pernah sentuh ular? hehe.. bg yang berani mesti pernah kan. kalau yang penakut dan geli sama ular mesti tak pernah punye.. hehe.. kali nie apa yang aku nak berkongsikan dengan anda semua ialah rangka ular. Mesti korang tak pernah tengok punya rangka ular. kan kan.. jangan nak nipu kalau kata dah pernah tgk =P
Jom layan!!!....











Friday, December 16, 2011

Telefon Bimbit Pembakar Rokok


Assalamualaikum...
Hari ni aku hendak menceritakan tentang alat teknologi yang terbaru didunia ni... sekarang macam-macam yang ada didunia contoh perbinaan robot...tak silap aku di negara jepun...
sekarang ni dunia sudah moden...ada juga tempat pembakar rokok di telefon bimbit... seperti gambar yang tertera di bawah ini... 









canggihkan... bagi kepada yang perokok... tak payah la beli lighter lagi...lebih senang beli telefon bimbit seperti gambar diatas...nanti senang.... 

P/S: aku tak suka merokok... i hate it!!!! =)

Thursday, December 15, 2011

Apa Budak Sekolah Buat Bila Cikgu Tiada Di Kelas?


Bila cikgu takde kat kelas memang sesuatu yang menyeronokkan pelajar, dengan bisingnya. Tapi kadang-kadang ia jadi kreatif bila budak-budak ni buat macam kat bawah ni. hehe


























Kreatif dia orang ni... bagus la... kalau rasa bosan time cikgu takde, conteng la apa2 pun kat papan hitam dengan kreatif... kalau la setiap sekolah buat pertandingan macam ni kan bagus.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...